PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Operator kilang berusia 25 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan memuat naik status bersifat jelik dengan niat untuk mengaibkan dan hina Polis Diraja Malaysia (PDRM) di laman Facebook (FB) miliknya 24 Oktober lalu.

Tertuduh, G Vinoth yang memakai baju kemeja biru gelap dibenarkan diikat jamin sebanyak RM6,000 dengan seorang penjamin oleh Majistret Mohd Azlan Syah Allias memetik Harian Metro.

Hina Polis Di FB, Lelaki Ini Akhirnya Terima Hukuman

Mohd Azlan turut mengarahkan tertuduh untuk melantik peguam dan menyerahkan dokumen pada 16 November ini dan jika gagal berbuat demikian mahkamah akan meneruskan bicara kes berkenaan.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Vinoth didakwa melakukan kesalahan berkenaan mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komuniksi dan Media 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233 (3) akta yang sama.

Jika disabitkan kesalahan hina polis , tertuduh boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.