PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Seorang lelaki mampu mengumpul kekayaan sebanyak AS$15 juta (RM64 juta) hanya dengan mengutip bola golf di sekitar Florida.

Lelaki tersebut, Gleen Berger, dahulu terpaksa menganggur selama 14 tahun terpaksa hidup dengan mencuri bola golf namun semuanya berubah apabila dia mendapat idea yang kemudiannya merubah dirinya menjadi jutawan memetik Siakap Keli.

Jadi Jutawan Dengan Hanya Mengutip Bola Golf

“Ketika itu saya seorang pengganggur dan saya mencuri bola golf di padang golf berdekatan rumah saya. Kemudian saya menyedari, perkara itu tidak betul untuk mencari wang,” kata Berger.

Berger kemudian memutuskan untuk menyelam ke dasar tasik di sekitar padang golf di Florida dan menjual bola-bola golf tersebut dengan harga murah.

Setakat ini dia berjaya membawa naik 1.3 hingga 1.7 juga bola golf setahun.

Berger menjual bola golf yang dibawa naik olehnya pada harga serendah AS$1 (RM4.2) sebiji.

Bagaimanapun, pekerjaan itu bukanlah semudah yang disangka kerana dia terpaksa berhadapan dengan cabaran dan bahaya di dasar tasik seperti meja, kereta golf, mesin pemoton rumput, ular dan yang paling teruk adalah buaya.

Menurut Berger lagi, sebelum turun ke dasar tasik, dia sentiasa memastikan tasik tersebut selamat namun dia masih lagi terserempak dengan beberapa ekor buaya yang menghuni tasik di padang golf di sekitar Florida.

“Pada suatu ketika, saya tiba-tiba terasa tangan saya sudah berada di dalam mulut seekor buaya. Tanpa berlengah, saya melompat keluar dari dalam air,” katanya.

Lelaki Ini Kumpul Kekayaan RM64 Juta Hanya Dengan Kutip Bola Golf

Lelaki Ini Kumpul Kekayaan RM64 Juta Hanya Dengan Kutip Bola Golf

Lelaki Ini Kumpul Kekayaan RM64 Juta Hanya Dengan Kutip Bola Golf

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.