PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Polis menahan seorang pelajar kolej berhubung video yang menunjukkan seorang lelaki berbogel melakukan onani di bahagian belakang rumah jirannya di Pandan Indah.

Baca artikel sebelum: (Video) Ibu dan anak perempuan terkejut jiran berbogel dan melancap di belakang rumah

Lelaki berusia 19 tahun itu ditahan di rumahnya di kawasan itu petang Isnin selepas dia telah dikenal pasti sebagai lelaki dalam video yang telah tersebar di media sosial memetik MStar.

Lelaki Onani di Pandan Indah Berjaya Ditahan

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairuldin Saad berkata, lelaki itu mengaku melakukan perbuatan dalam video itu tetapi mendakwa ia adalah kali pertama dia melakukan perkara seperti ini.

“Kami menahannya untuk siasatan lanjut,” kata Khairuldin.

Rakaman CCTV itu menunjukkan seorang lelaki tanpa pakaian muncul dari semak di bahagian belakang rumah dan berjalan ke tingkap dapur rumah jiran sebelum mengusap-usap kemaluan sendiri.

Lelaki itu kemudian berundur ke dalam semak dan kembali sekali lagi untuk mengintip di bahagian dapur rumah tersebut.

Tindakannya disedari penghuni rumah itu yang melihatnya di CCTV yang disambung di televisyen dalam rumah.

Lelaki itu melarikan diri apabila mereka menjerit kepadanya.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.