PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Seorang lelaki bertindak meminta nasihat dari polis untuk mengetahui akibat dari mencuri perhiasan di tanah perkuburan cina.

Rakaman audio yang berdurasi 1 minit 17 saat itu memaparkan perbualan antara lelaki terbabit dengan seorang pegawai polis di Petaling Jaya.

“Kalau saya pergi itu cina punya kubur, saya kasi angkat korek itu mayat keluar, mahu angkat itu emas itu semua, mau ambil itu barang, boleh ka?,”kata lelaki terbabit.

Lelaki nak curi perhiasan dalam kubur tanya pendapat polis dahulu
Rakaman audio Lelaki telefon polis dulu tanya akibat mencuri perhiasan dalam kubur

Namun pegawai polis berkenaan bertegas tindakan itu sama sahaja seperti mencuri dan salah dari segi undang-undang.

“Apa hukuman? Ada denda ka? Penjara ka?,” tanya lelaki berkenaan lagi.

Pegawai polis itu kemudian menjelaskan reman selama 14 hari akan dikenakan dan suspek akan dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan mencuri.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.