PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Lokasi pembunuhan kejam dilakukan 4 beranak di Tapah jadi perhatian ramai | Polis berada di sini menjalankan siasatan peringkat kedua kes pembunuhan kejam empat individu yang dilaporkan hilang.

Pada pukul 3 petang Selasa, pasukan polis forensik tiba untuk menjalankan siasatan di bengkel kenderaan suspek di Jalan Pahang berhampiran Plaza Tol Tapah untuk mencari bahan bukti bagi kes pembunuhan kejam itu memetik MSar.


Lokasi pembunuhan kejam 4 beranak di Tapah popular

Bengkel tersebut terletak di sebuah pekan kecil dekat Cameron Highlands.

Kehadiran polis di lokasi kejadian menarik perhatian orang ramai yang ingin tahu mengenai kes tersebut sehingga ada di antara mereka berada di sana sehingga senja.

Malah orang ramai menjadi lebih teruja apabila polis membawa seorang gadis muda yang dipercayai anak perempuan kepada suspek kes pembunuhan kes itu.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Risikan/Operasi Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata gadis tersebut hanya sebagai saksi semata-mata.
“Buat masa ini, bilangan suspek yang ditahan kekal empat seperti yang dilaporkan,” katanya.

Malah, beliau turut menafikan bahawa polis telah membuat tangkapan susulan termasuk dua anak perempuan suspek utama kes itu.

“Ia juga tidak benar bahawa anak perempuan suspek memberi maklumat kepada polis berhubung kes ini.

“Semua ini hanyalah khabar angin,” katanya.

Fadzil enggan mendedahkan lebih lanjut mengenai empat mangsa dengan berkata laporan DNA masih belum siap sepenuhnya.

Dalam sidang media di Ipoh pada Isnin, Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan berkata motif pembunuhan disebabkan hal berkaitan dengan hutang dan kegagalan penjualan tanah.

Salah seorang daripada mangsa dibunuh dipercayai mencuri barang hak milik suspek.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.