PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Lebih seratus pemandu disaman dalam dua jam kerana memandu melebihi had laju di Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2), dekat Perasing, di sini, hari ini.

Pegawai Penguat Kuasa dan Operasi Trafik Bukit Aman, Deputi Superintendan Mustaffa Bakri Salleh, berkata dalam operasi itu bermula kira-kira 9 pagi memetik Harian Metro.

Lebih 100 pemandu disaman dalam masa 2 jam di LPT2

Katanya, pemandu didapati memandu melebihi 165 kilometer sejam.

“Kami amat bimbang kerana masih ramai memandu laju walaupun mereka (pemandu) sendiri sedar berlaku banyak kemalangan di lebuh raya ini,” katanya.

Operasi diadakan di Kilometer 255.2 dekat Perasing membabitkan 22 pegawai dan anggota Trafik Bukit Aman.

Menurut Mustaffa, pihaknya turut mengeluarkan 22 saman berkaitan kesalahan nombor pendaftaran kenderaan, lesen dan cukai jalan tamat tempoh serta lampu brek tidak berfungsi.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.