PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Pengusaha vape di negeri ini dipercayai kerugian RM4,000 berikutan tindakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), pada bulan ini.

Pengusaha vape, Nik Azman Nik Yahya , 39, berkata dia kerugian selepas premis diusahakan di Bukit Beruang, di sini, didatangi penguat kuasa KKM yang merampas 78 botol cecair dari premisnya, Khamis lalu memetik Harian Metro.

Luahan peniaga vape, cecair dirampas oleh KKM

“Saya menjual lebih 100 perisa dan secara purata menjual 100 botol sehari. Tapi, KKM merampas 78 botol bernilai kira-kira RM4,000,” katanya, hari ini.

Sementara wakil pengusaha vape, Mohd Haizi Irwan Ab Rahim, berkata pihaknya memohon KKM berhenti merampas cecair vape sehingga jawatankuasa khas memutuskan tindakan selanjutnya.

“Harap KKM beri ruang kepada kami sebagai wakil Persatuan E-Vaporizers dan Tembakau Alternatif Malaysia (MEVTA) mengadakan perbincangan.

“Sebagai pengusaha, kami sudah mengeluarkan modal modal besar dan tindakan ini menyebabkan kami kerugian,” katanya.

Dia ditemui selepas membuat laporan polis bersama Pengerusi Ikhlas Melaka, Sedit Mamud, di Balai Polis Melaka Tengah, di sini, hari ini.

Sedit berkata, dalam laporan polis itu, mereka meminta KKM menyediakan garis panduan berhubung penjualan vape selain meminta kementerian terbabit menghentikan segera tindakan merampas.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.