PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Makan malam di parlimen hidang ‘Scissors Salad’, KJ sampai tak sabar | Jika sebelum ini mesej #ohmyengrish “Welcome to the President of USA Barack Obama” di papan digital di sebuah lebuhraya menjadi viral di media sosial, kini timbul pula ralat terbaru penggunaan bahasa Inggeris. 

Kali ini di menu makan malam bersama speaker Dewan Rakyat di Parlimen pada 23 November lalu.

Parlimen hidang ‘Scissors Salad’, KJ tak sabar nak makan

Gambar menu tersebut dikongsi dan menjadi viral di media sosial.

Makan malam di parlimen hidang ‘Scissors Salad’, KJ sampai tak sabar

Ralat pada bahasa Inggeris itu turut mendapat perhatian dari Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin atau KJ yang tidak dapat menahan perasaan geli hatinya lalu berkongsi di laman Twitternya dengan berkata : ” Tak boleh tahan lagi, Hidop scissors salad!”

Makan malam di parlimen hidang ‘Scissors Salad’, KJ sampai tak sabar

Selain itu gambar menu itu juga mendapat perhatian dari Pizza Hut Malaysia yang memuat naik Tweet

“Kami tak ada “Scissors Salad“, tapi kami ada Caesar Salad.”

Makan malam di parlimen hidang ‘Scissors Salad’, KJ sampai tak sabar

Sementara itu, Ahli Parlimen Serdang, Ong Kian Ming secara berseloroh berkata bahawa hidangan yang berkenaan ciptaan Malaysia tulen.

“Saya tak faham dengan kutukan-kutukan yang timbul, adalah ia mustahil bagi kita untuk keluarkan salad berperisa tajam kita sendiri?”

(Baca: ‘Scissors Salad’ sah tiada dihidang di parlimen, hanya ‘Caesar salad’ biasa sahaja)

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.