PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Kemala­ngan yang berlaku di Le­buh Raya Pantai Ti­mur (LPT2) bukan ber­punca daripada gangguan makhluk halus sebaliknya di­sebabkan sikap pemandu yang mengabaikan faktor-faktor keselamatan. 

Mufti Pahang, Da­tuk Seri Dr. Abdul Rahman Osman berkata, beliau tidak melihat kewujudan perkara ghaib se­perti yang digembar-gemburkan di media sosial merupakan fak­tor utama kemalangan maut di lebuh raya tersebut memetik Utusan.

Mufti Pahang Kata Makhluk halus bukan punca utama kemalangan di LPT2

“Jika ingin berca­kap mengenai makh­­luk halus, di sebelah rumah kita pun ada. Semasa kita meman­du juga syaitan sen­tiasa ada di telinga untuk mem­bisikkan perkara-perkara yang buruk untuk melalikan kita.

“Sebab itulah Islam mengga­lakkan kita sentiasa membaca doa dan beristighfar. Saya lihat faktor yang lebih besar adalah faktor keselamatan seperti pemanduan yang laju dan keadaan lebuh raya yang lurus membuatkan pemandu bosan dan me­ngantuk,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Kelmarin, satu kemalangan di LPT2 meragut nyawa ke-87 walaupun pelbagai usaha bagi mengurangkan nahas terma­suk menempatkan anggota Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) yang dilengkapi peralatan bantuan, menggandakan operasi perangkap had laju dan memasang papan tanda amaran telah dijalankan.

Dalam pada itu, Ketua Pe­ngarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Abd. Ghafar Yusof berkata, mengikut kajian yang telah dibuat, kira-kira 70 peratus pemandu di LPT2 memandu melebihi had laju.

“Dengan rekod kemalangan yang dicatatkan di LPT2, sememangnya le­buh raya ini sangat tidak sesuai untuk pemanduan me­lebihi had laju.

“Selain itu, saya berharap pihak bertanggungjawab agar mempercepatkan pembukaan sepenuhnya kawasan Rehat dan Rawat (R&R) di LPT2 kerana mungkin apabila pemandu terpaksa memandu tanpa boleh berehat membuatkan mereka hilang fokus di atas jalan raya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pe­ngarah Ins­titut Penyelidikan Ke­selamatan Jalan Raya Malaysia (Miros), Prof. Dr. Wong Shaw Voon berkata, pemanduan melebihi had laju merupakan punca utama berlakunya kemalangan maut di LPT2.

“Keadaan jalan yang panjang, lurus dan membosankan membuatkan pemandu cende­rung untuk ‘memecut’ kende­raan mereka le­bih-lebih lagi pada waktu malam,” katanya.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.