PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Mayat seorang pelakon lelaki warga tempatan yang dikhuatiri lemas di Air Terjun Lubuk Degong, Kampung Chang, Bidor, ditemui tersangkut di celah batu kira-kira 300 meter dari tempat kejadian.

Pelakon terbabit, L Keshava Rajan, 25, dilaporkan hilang selepas dia tergelincir dan dihanyutkan oleh arus deras ketika dia dan keluarganya berkelah di kawasan air terjun tesebut pada 5.45 petang semalam.

Mayat pelakon mati lemas akhirnya ditemui

Menurut Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Som Sak Din Keliaw, operasi mencari dan menyelamat mangsa dijalankan semula oleh 10 pegawai dan anggota bersama empat agensi lain termasuk bomba sejak 8 pagi tadi selepas operasi itu ditangguhkan kerana cuaca gelap.

“Operasi kami ditangguhkan, petang semalam, kerana cuaca gelap,” katanya memetik laporan Bernama.

Mayat mangsa ditemui terapung dan tersangkut pada batu di tebing sungai pada jam 9.30 pagi hari ini.

Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Tapah untuk tujuan bedah siasat.

Pelakon Kollywood itu difahmkan berasal dari Hutan Melintang, Teluk Intan dan filem pertama lakonannya yang bertajuk “Ka Ka Ka Po” bakal ditayangkan pada Disember ini.

Pelakon itu dijadualkan berlepas ke Chennai hari ini bagi persiapan terakhir sempena majlis perlancaran serta tayangan perdana filem tersebut.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.