PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Syarikat makanan segera McDonald Arab Saudi menarik mainan Power Rangers yang diberikan percuma bersama pakej menu Happy Meal yang dijual di negara tersebut.

Keputusan itu diambil untuk mengelakkan salah faham akibat munculnya protes dari pelbagai kalangan atas mainan yang dianggap menghina Nabi Muhammad SAW.

Mainan McDonald Hina Nama Rasulullah

Lafaz nama Nabi Muhammad SAW (dalam bahasa Arab) tampak jelas terlihat di dasar mainan tempat kaki Power Rangers berpijak. Ketika dimainkan, maka sambil berputar kaki tokoh super hero itu akan mengenai nama Nabi Muhammad SAW. Sehingga terkesan nama Nabi Muhammad SAW dipijak oleh tokoh super hero tersebut.

Hal ini mencetuskan protes keras dari beberapa pelanggan di Arab Saudi yang berang melihatnya. Mainan itu diberikan secara percuma bersama pakej Happy Meal yang dijual untuk pelanggan-pelanggan kanak-kanak dengan harga 12 Riyal.

Syarikat makanan segera itu memberikan mainan tersebut ketika pelbagai aksi kempen masyarakat Arab saudi seperti “Dukung Nabi-mu” dan “Bersama Kita Membela Nabi”, untuk membela kehormatan Rasulullah dari serangan dan hujatan yang sengaja dilancarkan oleh kumpulan tertentu.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.