PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Seorang matador berdepan detik cemas apabila mulutnya ditusuk tanduk lembu jantan dalam pertandingan lawan lembu di bandar ini baru-baru ini.

Kejadian itu berlaku ketika matador muda dari Peru, Andres Roca Rey, 19, menentang seekor lembu jantan di gelanggang lawan lembu di Plaza Nuevo Progreso di sini.

Dalam pertunjukan itu, Rey beberapa kali terjatuh selepas ditanduk lembu jantan berkenaan, tetapi dia bertekad meneruskan persembahan.

Matador merana mulut ditusuk tanduk lembu
Mulut matador ditusuk tanduk lembu jantan

Bagaimanapun, ketika lembu jantan itu membuat satu terjahan, Rey gagal mengelak menyebabkan tanduk haiwan itu menusuk mulutnya.

Serangan haiwan itu menyebabkan Rey melambung sebelum jatuh ke tanah.

Perlawanan itu segera dihentikan, Rey dikejarkan ke sebuah hospital berhampiran.

Bagaimanapun, Rey tidak cedera parah dan hanya dua batang gigi hadapannya patah.

Walaupun kejadian itu hampir meragut nyawanya, tetapi matador bertekad kembali ke gelanggang tidak lama lagi untuk mengembalikan maruahnya. – Agensi

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.