PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

PENGACARA no. 1 negara, Datuk Aznil Nawawi yang mesra digelar Pak Nil telah berkongsi satu video kelakar menerusi laman Instagramnya bagi mempromosikan program Hlive Apa Kata Malaysia yang akan bersiaran malam ini.

Nabil Berat Sangat Ke?
Video Nabil hampir terjelepok sofa patah di set Hlive

Dalam video berdurasi 15 saat itu, selebriti jemputan bagi episod kali ini, Nabil Ahmad terkejut dan hampir terjatuh bila mana sofa yang didudukinya tiba-tiba patah ketika sesi rakaman program itu.

Insiden tak terduga itu membuatkan Pak Nil sendiri tidak dapat menahan ketawa ketika memberi kata-kata akhir bagi episod tersebut.

Haha! Nasib baik patah sikit je kalau tak mau Nabil jatuh terjelepok..

Apa-apa pun ini diakui Pak Nil antara kenangan manis sepanjang 25 tahun beliau berkecimpung dalam bidang pengacaraan.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.