PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Sebelum meroyan lebih banyak lagi, lebih baiklah kita memahami kandungan sebenar Nikotin dalam Ejuice anda supaya tak bagi salah faham pada orang lain.

Setiap botol 30ml Ejuice mengandungi nikotin content yang tersendiri seperti 6mg/ml atau 12mg/ml.

Note saya kata sini 6mg per mililiter. Jadi maksud sebenarnya ialah, satu botol kandungan liquid 30ml berkekuatan 6mg/ml bersamaan dengan 180mg per 30ml. Sebenarnya kalau ikutkan toksisiti kandungan per botol, memang tinggi.

Penjelasan Kadar Nikotin Dalam Perisa Vape vs Rokok

Tapi berapa ramai orang yang vape 30ml sehari.... Kalau 0mg takde masalah la. Naik je 6mg, paling kuat aku pernah dengar 4 hari habis vape. Jadi di sini, pengiraannya ialah intake nikotin beliau ialah 60mg dalam masa 24 jam (sehari).

Kalau kita tengok rokok, kadar nikotin puratanya ialah 1.5mg atau lebih rendah sebatang rokok. Jadi 20 rokok dah jadi 30mg sehari, kalau dia hisap sekotak. Kalau dua kotak dah 60mg.

Nampak dah macam mana permainan nikotin di situ? Secara kasarnya, inilah kadar intake nikotin seorang perokok vs seorang vaper.

Lagipun, kita sebagai vaper tak pernah pulak nak minum sebotol ejuice sehari, seperti yang Pengarah KKM takutkan. Siapa yang nak mati awal.

Untuk kajian saintifik pulak, perokok mendapat nikotin hampir keseluruhan content di dalam kajian darah venous berbanding seorang vaper (Konstantinos et.al, 2014). Seorang vaper perlu mengambil 42 puff (dalam 1 jam) berbanding satu sesi merokok dalam masa 5 minit untuk mendapatkan kadar nikotin yang hampir sama.

Harap semua maklum dan sebarkan.

Pokcik Azrilian
Editor In Chief 

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.