PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Aktor Norman Hakim akui terkejut apabila Mohd Danish Hakim,12, membuat perjanjian untuk mengajarnya menghafaz Al-Quran sekiranya dia dapat melatih anak sulungnya itu untuk memiliki serta membina badan yang berotot atau sado seperti mana dirinya.

Pada waktu yang sama, Norman Hakim juga turut teruja dengan perjanjian tersebut, malah bersikap terbuka serta sudah bersedia untuk diajar anaknya sendiri tentang hafazan Al-Quran memetik Murai.

Anak Mahu Ajar Norman Hakim Hafaz al-Quran Jika Diajar Cara Memiliki Badan Sado

“Danish ada beritahu saya yang dia mahu jadi fit macam saya dan bercita-cita nak bina badannya dengan mendapat guideline serta tunjuk ajar daripada saya. Saya gembiralah kerana sebelum ini badannnya agak berisi dan saya ada suruh dia kuruskan sedikit badannya.

“Tapi katanya ada syarat. Jika dia sudah jadi sado, dia mahu saya pula hafaz Al-Quran seperti dia yang kini sedang dilatih menjadi Hafiz di sebuah sekolah agama di Bangi.“Saya terkejut juga bila dia buat perjanjian seperti itu. Tapi dalam masa yang sama saya bangga punya anak macam dia. Bersyukur sangat diberi peluang untuk belajar Al-Quran dengan anak yang juga darah daging saya sendiri,” katanya ketika dihubungi portal Murai.

Danish kini menuntut di Madrasah Uthmaniyah Smart Tahfiz, Bangi.

Beberapa hari lalu anak Norman Hakim itu telah menerima pujian daripada pengguna laman sosial selepas dia memuat naik video anak sulungnya di Instagram yang berbicara tentang jerebu.

Dalam beberapa video pendek yang dimuat naik Norman ke akaun Instagram itu, dia dilihat berbual dengan Danish dan nyata, anak lelakinya itu punya pemikiran yang matang walaupun baru berusia 12 tahun.

Menerusi video itu kata Danish, jerebu yang sudah berlarutan hampir dua bulan ini adalah petanda bahawa ia bukan sekadar bencana alam, tetapi lebih kepada satu bentuk peringatan Allah kepada manusia.

“Sebenarnya, Danish tak tahu saya rekod senyap-senyap ketika dia berbicara tetang Jerebu. Saya bangga kerana daripada kata-katanya itu memperlihatkan bahawa dia sangat matang, malah secara tak langsung saya juga perasan pengetahuannya lebih luas daripada saya tentang bencana alam dan kiamat.

“Saya muat naik video itu bukan sebab mahu meminta pujian. Sebaliknya saya ingin berkongsi kata-kata berguna Danish itu kepada orang ramai supaya kita sedar dan ambil iktibar mengenai bencana itu. Itu saja,” jelasnya.

Daripada komen-komen yang diterima, netizen menyifatkan Norman Hakim dan bekas isterinya, pelakon Abby Abadi dan isterinya, Memey Suhaiza telah menjalankan tanggungjawab sebagai ibu bapa dengan baik.

Malah ramai juga yang menaruh harapan agar Danish dapat menjadi figura agama yang berjaya satu hari nanti.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.