PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Rumah famili Noh Hujan yang terletak di Miri, Sarawak telah pun dimasuki perompak. Noh Salleh yang juga vokalis kumpulan Hujan memberitahu perkhabaran itu menerusi Instagram miliknya.

Ketika kejadian, ibunya tidak berada di rumah kerana berada di suatu tempat yang lain iaitu di Bintulu.

Keselamatan ahli keluarganya jauh lebih penting berbanding dengan beberapa barangan berharga yang telah berjaya di bawa lari memetik Murai.

Ayah Noh Hujan tinggalkan nota mengejutkan untuk pencuri
Bapa Noh Hujan tinggalkan nota sinis kepada perompak

Namun, bapanya agak berang dan geram dengan sikap biadap perompak itu. Lantas bapanya telah memuat naik nota sinis di laman sosial yang berbunyi:

‘kepada pencuri yang mulia! Lain kali kalau habis selongkar itu kabinet baju, sebelum pulang itu kain/baju kasih lipat balek. Sekian terima kasih’

Nota sinis bapa Noh Hujan untuk perompak

Nota ini juga telah dikongsi menerusi laman instagram Noh dan menerima pelbagai reaksi yang positif daripada peminatnya.

Diharapkan kepada semua, berhati-hati di mana jua anda berada kerana malang itu tidak berbau. 

Kepada ahli keluarga Noh Hujan, setiap kejadian itu pasti ada hikmahnya.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.