PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Polis mengeluarkan 1,060 saman dalam Operasi Khas Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), bermula Khamis sehingga kira-kira tengah hari ini.

Saman membabitkan 577 kesalahan memandu melebihi had laju manakala 483 lain-lain kesalahan.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata beliau melihat ada keperluan untuk menambah anggota penguat kuasa di lebuh raya berkenaan bagi mengawal kadar kemalangan memetik Harian Metro.

1,060 saman dikeluarkan dalam Operasi Khas LPT2
FOTO dirakamkan di Kemaman, pada 31 Oktober, memaparkan Pegawai Penguatkuasa dan Operasi Lebuh Raya Deputi Superintendan, Mustaffa Bakri Salleh menggunakan kamera memerangkap had laju dalam operasi di LPT2.

“Kebanyakan kemalangan disebabkan kecuaian pemandu. Ini kerana jumlah kemalangan turun mendadak apabila operasi diadakan.

“Saya akan memaklumkan Kerajaan Pusat supaya dapat menambah anggota penguat kuasa secara tetap di LPT2 kerana keadaan boleh dikatakan terdesak,” katanya selepas membuat tinjauan operasi itu, hari ini.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.