PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Kerajaan Persekutuan berpendapat kemampuan rakyat Malaysia, terutamanya orang Melayu, tidak mampu untuk memiliki rumah atau tanah di Selangor dan Pulau Pinang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman berkata kerisauan ini merupakan sesuatu yang cukup berasas memetik Astro Awani.

Azalina kata orang Melayu tidak mampu memiliki rumah dan tanah di Selangor dan Pulau Pinang
Orang Melayu, tidak mampu memiliki rumah, tanah di Selangor dan Pulau Pinang – Azalina Othman

“Sememangnya wujud kebimbangan mengenai kemampuan pemilikan tanah dan rumah oleh orang Melayu.

“Sebagai contoh, tanah di Pulau Pinang dan Selangor tidak mampu dimiliki mereka, terutamanya mereka di dalam kumpulan yang berpendapatan rendah (B40),” kata Azalina di dalam jawapan bertulis kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Wan Azizah turut menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menyediakan laporan kepada dakwaan maruah Melayu tercabar.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.