PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Kisah benar ini diceritakan oleh Hariza Azmi. Walaupun dalam keadaan berseloroh, pesanannya ini adalah sangat serius dan wajar diambil iktibar untuk golongan wanita terutamanya yang suka makan ayam yang disuntik hormon.

Waspada Ovarian Cyst Untuk Wanita yang Suka Makan Ayam
Ovarian Cyst

Benda ni lah berjaya dikeluarkan dari perut aku.

Nama penyakit ni Ovarian Cyst. Dalam cyst ni ada air. Terjadi kerana hormon. Contohnya makan ayam yang disuntik dengan hormon kemungkinan besar puncanya (aku suka makan ayam).

Dalam cyst, jangan terkejut kalau ada rambut, gigi dan tulang sebab sel-sel rambut, gigi kita akan turun pergi ke cyst. Ngeri kan.. don't worry, itu benda normal je..

Pada awalnya, tiada rasa sakit atau tanda-tanda. Cuma boleh rasa lain di bahagian perut.

Semua wanita ada cyst, cuma bezanya besar atau kecil. Saya pesan pada semua wanita, pergi cek sebab benda ni membesar tanpa kita sedari .

Cyst ada dua, bahaya dan tak bahaya. Saya punya Alhamdulillah tak bahaya. Berat air dalam cyst ni 1liter bersamaan 1kg. Bayangkan bawak benda ni dalam perut. Erghhhh. Alhamdulillah dah kempis dah. Haha!

Cara operation dia senang sahaja, just tebuk dan dia pecahkan air dalan cyst tu kemudian sedut sarung dan keluarkan. So, inilah hasilnya!! Menarik kan. Kalau cyst yang ada ketulan darah, ia perlu dibelah perutnya itu.

Jangan malu untuk kongsikan penyakit ni sebab wanita harus berjaga-jaga. Lepas ni jangan makan ayam banyak sangat. Kalau tak inilah jadinya..

Doakan saya cepat sembuh yaa..

Doktor yang Whatsapp gambar ni. Advance sangat my doctor. Siap Whatsapp video sekali. I like it. 

Boleh tunjuk kat anak cucu-cicit esok-esok. Hehe.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.