PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Dua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari Sekolah Menengah Haji Taib di Chemor, dekat sini, cedera termasuk seorang daripadanya retak tulang tangan kiri selepas dibelasah pengawal keselamatan sekolah dan rakannya menggunakan besi.

Difahamkan, pengawal keselamatan sekolah itu sebelum ini beberapa kali cuba memeras ugut wang pelajar di sekolah itu memetik Harian Metro.

Pak gad sekolah mengamuk bantai 2 pelajar dengan besi sampai tangan retak
GAMBAR Chong yang cedera dipukul pengawal keselamatan Sekolah Menengah Haji Taib.

Kejadian bermula sejak 5 November lalu apabila kedua-dua pelajar selesai menjawab kertas peperiksaan ditahan pengawal keselamatan terbabit yang mahu memeras wang mengakibatkan berlaku pertengkaran dan pergaduhan.

Mangsa, Fong Din Joe,17, berkata, dia diperas ugut pengawal terbabit dan tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah sekiranya tidak menyerahkan wang diminta.

“Saya ditahan di hadapan pintu pagar dan dipaksa menyerahkan wang RM10, saya tidak cukup duit dan meminta dikurangkan RM5, tapi dia enggan melepaskan saya keluar,” katanya pada sidang media di Pusat Khidmat dan Aduan MCA Perak, di sini, semalam.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.