PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Tahukah anda, kenapa apabila kita mandi di dalam ataupun kawasan air mandi berkolam mata kita akan merah?

Punca simtom berkenaan adalah kerana kolam mandi berkenaan terutama kolam mandi awam yang anda berenang atau selam telah dicemari dengan air kencing yang terlalu banyak.

Perkara ini didedahkan oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) yang merupakan sebuah institut kesihatan awam terkemuka Amerika Syarikat, menurut mereka kebanyakkan orang orang percaya mata merah dan pedih berkenaan adalah hanya kerana klorin yang dimasukkan ke dalam kolam, tetapi mereka silap kerana berdasarkan kajian ia adalah kerana campuran klorin, air kencing, peluh, kotoran dan juga najis.

Air Kencing Penyebab Mata Merah Selepas Berenang Dalam Kolam Renang - Pakar

Jika kolam berkenaan dicemari kotoran-kotoran ini, ia akan menyebabkan mata anda merah seperti tidak cukup tidur seminggu.

Untuk mengenal pasti kolam berkenaan adakah dicemari kotoran ini, bau airnya kuat di mana sebelum ini kebanyakkan mereka menganggap ia bau klorin.

“Bau klorin di dalam kolam renang anda mandi sebenarnya bukan bau klorin.”

“Apa yang anda bau itu sebenarnya adalah bahan kimia yang terbentuk apabila klorin bercampur dengan najis, kencing, peluh dan kotoran dari badan-badan perenang,” kata Chris Wiant, pengerusi Kualiti Air Amerika Syarikat dan Majlis Kesihatan.

Jika kolam berkenaan dicemari ia bukan sahaja membuatkan mata anda merah, ianya amat berbahaya kepada pesakit asma dan selain menjejaskan kesihatan.

Pakar Sahkan Mata Jadi Merah Selepas Berenang Dalam Kolam Renang Bukan Sebab Klorin Tetapi Air Kencing

Ini kerana, kolam-kolam terbuka berkenaan sentiasa dipenuhi oleh orang ramai di mana kebanyakkan perenang ini akan membuang air kecil di dalam kolam itu semasa berenang.

Menurut pakar-pakar U.S. Healthy Swimming Program, campuran-campuran air kencing dan bahan kotor lain boleh menyebabkan terhasilnya gas beracun yang boleh menjejaskan sistem saraf, jantung dan paru-paru.

Berdasarkan kejadian yang dilakukan oleh CDC ia adalah bergantung kepada kepekatan dan berapa lama seseorang terdedah kepada kepada pencemaran berkenaan di mana semakin lama anda terdedah risiko gangguan asma dan masalah kulit untuk masalah saraf dan cirit-birit boleh berkembang.

Dari kajian yang dilakukan oleh pakar-pakar dari Universiti Purdue yang terletak di Indiana, bukan sahaja air kencing, peluh atau najis, tetapi juga bahan kimia farmaseutikal yang datang daripada alat solek, bahan pencegah serangga dan krim pelindung matahari yang digunakan oleh sebahagian perenang sebelum mereka berenang.

Masalah ini bukan sahaja tersebar dengan menyedut udara malah menurut penyelidik dari universiti berkenaan berkata ia boleh merebak melalui pemakanan apabila selepas mandi, badan perenang akan dipenuhi air mereka terus makan. Ia juga merebak melalui penyerapan kulit menyebabkan mereka boleh jatuh sakit.

Pakar Sahkan Mata Jadi Merah Selepas Berenang Dalam Kolam Renang Bukan Sebab Klorin Tetapi Air Kencing

Untuk mengelakkan perkara ini, Michele Hlavsa iaitu ketua U.S. Healthy Swimming Program berkata, perenang hanya perlu menggunakan kolam untuk berenang, jika hendak buang air kecil pergi ke tandas dan bagi mereka yang hendak berenang tetapi sebelum itu sudah bersolek, mandi terlebih dahulu dengan membersihkan bahan solekan.

Tetapi berapa ramai yang akan mengikuti nasihat berkenaan?

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.