PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Cubaan seorang penuntut universiti awam menyembunyikan kelahiran dengan sengaja mereka cerita kononnya dia terjumpa bayi tidak menjadi kenyataan apabila wanita itu akhirnya mengaku bayi berkenaan adalah anak dilahirkannya dalam kejadian di FELDA Jengka 3, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari, bayi perempuan seberat lebih tiga kilogram ditemui cukup sifat dan masih bertali pusat sebelum dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS), Temerloh untuk pemeriksaan memetik Harian Metro.

Helah pelajar jumpa bayi depan rumah kantoi
‘Terjumpa’ bayi sendiri

Ketua Polis Daerah Maran Deputi Superintendan Mat Rizal Md Radzi berkata, siasatan mendapati penuntut berkenaan sengaja membuat cerita palsu kerana takut perkara sebenar diketahui ahli keluarganya.

“Suspek sengaja membuat cerita palsu memberitahu kononnya dia menemui bayi berkenaan di atas meja di depan rumahnya ketika mahu menyidai pakaian sebelum dia menghubungi ibunya memaklumkan kejadian,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.