PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

SUDAH jadi lumrah buat mereka yang memilih kerjaya guru untuk berhadapan dengan pelajar yang nakal serta susah dilentur. Tambahan pula dengan adanya cadangan untuk menghalang hukuman rotan dilaksanakan, lagi bertambah peninglah kan?

Namun, atas dasar tanggungjawab dan peranan sebagai ‘ibu bapa kedua’, para guru tetap meneruskan tugas mereka dengan penuh dedikasi memetik Mynewshub.

Namun, ada ‘peel’ segelintir pelajar boleh membuatkan guru tepuk dahi dan tak senang duduk.

Gadis terhantar gambar tanpa seurat benang kepada guru lelaki

Cuba bayangkan kalau anda seorang guru dan mendapat kiriman gambar bogel daripada seorang pelajar perempuan, apakah reaksi anda?

Ya, situasi tersebut merupakan realiti zaman kini. Melalui satu ‘screen-captured‘ yang tersebar di laman sosial, seorang guru didedahkan telah menerima kiriman foto bogel pelajarnya sendiri!

Buat hal betul..

Melalui foto yang tersebar pelajar terbabit dapat dilihat menegur gurunya di aplikasi mesej WeChat sebelum bertindak menghantar ‘selfie‘ bogelnya dengan selamba, siap bertanya “ok tak!!”

Tak tahu lah nak klasifikasikan gambar bogel tersebut sebagai ‘rezeki’ ataupun ‘cari penyakit’ namun ia jelas bukanlah satu momen yang mudah untuk ditangani guru terbabit.

Yelah.. silap haribulan, guru terbabit pula dituduh mencabul dan melakukan gangguan seksual terhadap pelajar sendiri kan?

Apa pun ini adalah penggera untuk pihak atau kementerian terlibat melakukan sesuatu untuk bantu menangani masalah moral yang semakin kronik dalam kalangan pelajar dan golongan muda hari ini.

Harap-harap juga, ada pihak buka mata dan menilai kembali hala tuju hukuman kepada pelajar serta sistem pendidikan negara.

Murid sekarang bukan macam murid dulu dah…

Pelajar Hantar Gambar Bogel Kepada Guru, Lihat Reaksi Gurunya

(Baca: Klip seks remaja Melayu dalam hotel tersebar)

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.