PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Seorang pelajar asrama, Sha Sha, meluahkan rasa kesalnya terhadap warden asrama Sekolah Menengah Agama Tarbiah Diniah, Kulim, yang sering kali memukul dan memaki pelajar asrama. 

“Gambar yang saya bagi ini adalah gambar salah seorang dari ramai-ramai kawan saya yang kena pukul dengan kayu baru-baru ini. Dia dipukul oleh warden asrama bernama Firdaus memetik The Hype Media.

Dipukul Warden Sampai Lebam Kerana Ponteng Solat
Gambar hiasan.

“Ayah kawan saya, Farzana binti Fadzil, telah membuat laporan polis tetapi pihak sekolah tidak dapat mengambil sebarang tindakan pada warden berkenaan kerana dia dalah anak kepada penolong kanan sekolah kami,” katanya. 

Menurut Sha Sha, warden berkenaan masih lagi bertugas seperti biasa, menyebabkan mereka amat tertekan. Sha Sha juga mendakwa, bukan kali pertama warden itu bertindak seperti itu, sudah ramai pelajar-pelajar asrama yang lain dipukul selain dari dimaki dan dicarut dengan kata-kata kesat. 

“Dah ramai kawan-kawan saya kena termasuk saya pun kena walaupun kesalahan kami kecil. Kami sudah mengadu pada waris dan pihak sekolah. Tetapi pengetua kata kalau tak suka duduk di asrama sini, keluar pergi ke sekolah lain.

“Kami tidak sanggup lagi menghadap tekanan dari warden gila ini. Orang seperti dia tiada kelayakan menjadi warden,” katanya yang juga mendakwa warden terbabit mempunyai ramai rakan samseng. 
Bagaimanapun, warden asrama terbabit tampil menafikan dakwaan pelajar itu.

“Dia seolah-olah tidak berpuas hati dengan saya kerana saya masih lagi berkhidmat. Sebelum ini pada bulan September 2015, seorang waris pelajar ada membuat laporan berkenaan kejadian saya merotan 12 orang pelajar perempuan kerana ponteng solat. Namun kes itu telah diselesaikan dengan cara baik. Tetapi masih ada pelajar yang tidak berpuas hati,” katanya. 

Pelajar Perempuan Dipukul Warden Sampai Lebam Kerana Ponteng Solat

Bagaimana pun, netizen mengkritik tindakan warden berkenaan yang dilihat terlalu keras sehingga menyebabkan pelajarnya mengalami lebam. 

Namun, ada juga yang mempertahankan tindakan warden terbabit kerana sayangkan pelajarnya agar tidak meninggalkan solat. 

Facebook Sha Sha kini tidak dapat dikesan susulan warden terbabit membuat laporan polis selepas mengetahui kes itu menjadi viral di media sosial.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.