PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Seorang pelajar yang sedang menduduki peperiksaan SPM, yang juga seorang pelakon di dalam drama tempatan berbahasa Cina, dipercayai bunuh diri di rumahnya hari ini.

Pelajar berusia 17 tahun dari SMK Raja Abdullah itu dijumpai dalam keadaan tergantung di dalam biliknya di sebuah apartmen di Taman Jinjang.

Pelajar tersebut disifatkan oleh gurunya sebagai seorang yang bijak.

Timbalan Ketua Polis Sentul, Supt Mohd Sukri Kaman mengesahkan insiden terbabit.

Pelakon drama bunuh diri ditemui tergantung di dalam bilik

Difahamkan, pelajar tersebut kecewa setelah dia tidak berjaya menjawab soalan di dalam kertas Matematik Tambahan 1 yang didudukinya hari ini.

“Dia memberitahu gurunya yang dia tidak dapat menjawab soalan-soalan itu

“Dia juga berkata dia mahu pulang ke rumah tetapi gurunya menasihatinya untuk tinggal di sekolah.

“Dia tidak mendengar (nasihat itu) dan pulang ke rumah”, kata Sukri memetik laporan NST.

Gurunya menjadi risau apabila pelajar terbabit gagal menghadirkan diri di sekolah untuk menduduki kertas Matematik Tambahan II pada petang itu.

“Guru terbabit kemudian membuat panggilan telefon kepada ibu pelajar tersebut, menanyakan dimana pelajar itu berada.

“Ibu pelajar tersebut, yang bekerja di sebuah pusat membeli belah di KL, kemudian menelefon ibu saudara pelajar itu untuk memeriksa anaknya”, kata beliau.

Ketika itulah ibu saudara pelajar tersebut menjumpai pelajar berkenaan dalam keadaan sudah tidak bernyawa di dalam biliknya.

Polis menolak sebarang unsur jenayah didalam insiden terbabit.

Mayat pelajar berkenaan telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.