PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

SEORANG pembantu rumah warga Indonesia di Singapura mendapat kejutan dalam hidupnya apabila dia dicaj S$816 oleh salon kecantikan untuk proses membentukkan kening yang biasanya berharga S$40.

Jumlah keseluruhan bil yang dikenakan itu adalah lebih tinggi daripada gaji asas bulanannya hanya sebanyak S$500, malah lebih daripada kemampuan dirinya.

Pekerja berusia 30 tahun itu kemudian terpaksa memanggil majikannya untuk membantu bagi menyelesaikan bil memetik Mynewshub.

Sulaman kening berharga S$816 buat pembantu rumah Indonesia panik

Menurut pembantu rumah yang bernama Yati, kejadian itu berlaku pada 8 November di salun kecantikan di Toa Payoh.

Dia yang sedang membeli-belah di kawasan itu didatangi oleh seorang pekerja salon yang sedang melakukan promosi.

Yati berkata: “Enam bulan lalu, saya membentuk kening saya untuk S$60 di salun di Lucky Plaza. Saya agak berpuas hati dengan hasilnya dan saya tidak keberatan untuk melakukannya sekali lagi.

“Pekerja salon yang berada di situ berkata, saya hanya perlu membayar S$40, jadi saya bersetuju kerana ia adalah lebih murah. ”

Walau bagaimanapun, Yati berkata sebaik sahaja dia tiba di salon, ahli terapi mencadangkan dia mencuba “sulaman kening gaya Korea” yang boleh bertahan selama tiga tahun.

Pekerja itu menambah bahawa akan ada diskaun 50 peratus bagi rawatan tersebut. Yati bersetuju untuk mencubanya.

Ahli terapi itu kemudian mencadangkan Yati perlu beli produk penjagaan kulit, kerana salon tidak akan bertanggungjawab jika Yati mengalami jangkitan selepas sulaman kening itu dilakukan, dan Yati juga bersetuju.

Selepas sesi itu, Yati terkejut apabila dia diberikan bil S$816 yang terdiri daripada bayaran S$680 untuk sulaman kening dan S$136 untuk produk.

Dengan hanya kira-kira S$100 dalam beg dia, Yati tidak mempunyai pilihan tetapi untuk memanggil majikannya bagi memohon bantuan.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.