PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Ada satu trend yang wujud dalam industri penerbitan novel di Malaysia sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Selain daripada konsep dan jalan cerita yang hampir sama, trend tajuk yang catchy juga menjadi pilihan.

Namun, ada sesetengah tajuk yang digunakan beberapa penulis membuatkan ramai pembaca menggeleng kepala.

Mungkin tabiat mereka yang terlalu fokus untuk memastikan tajuk novel mereka menonjol dan senang diingati, menyebabkan muncul tajuk-tajuk novel yang agak menjengkelkan dan tidak dapat diterima akal memetik Astro Awani.

Bahasa ‘sampah’ pada tajuk novel dikecam hebat

Lihat beberapa tajuk di bawah ini:

Bang Guard, Security Hatiku


Imamku, Mr. Kimchi


Encik Suamiku Hipster


My Sewel Guy


Awekku Minah Latah

Mr. Stalker… Saya Cintakan Awaklah!


Tinjauan di laman sosial juga mendapati ramai yang nampaknya berpendapat sekalipun tajuk bukan representasi terbaik isi kandungan novel, ia tetap penting dalam memberikan tanggapan pertama sekaligus menjadi kayu pengukur kualiti novel.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.