PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Seorang pengusaha butik mengaku tidak salah di Mahkamah Majistret Kota Bharu atas tuduhan menunjukkan kemaluan kepada seorang jururawat di lorong sebuah bangunan pasar raya, minggu lalu.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan kelucahan melampau dengan menunjukkan kemaluan kepada mangsa yang berusia 28 tahun pada jam 8.40 pagi, 18 November lalu.

Dakwaan dijalankan mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum sehingga dua tahun, bagaimanapun kerana penafian tertuduh, Timbalan Pendakwa Raya Kelantan, Mohd Syahrun Nizam Mohd Misan memohon tarikh sebutan untuk pengurusan kes memetik Sinar Harian.

Pengusaha butik didakwa atas tuduhan tayang anu pada jururawat
Tertuduh dibawa polis keluar dari lokap menuju ke Mahkamah Majistret Kota Bharu

Mohd Syahrun Nizam juga tidak mencadangkan jaminan dan sekiranya mahkamah membenarkan, beliau memohon syarat tambahan dikenakan ke atas tertuduh terbabit, sebaliknya peguam yang mewakili tertuduh memohon jaminan dibenarkan.

“Kes ini hanya membabitkan hukuman penjara maksimum dua tahun sahaja. Tiada kemudaratan untuk mahkamah membenarkan jamin dan tertuduh juga akan mematuhi kehadirannya di mahkamah mengikut tarikh yang ditetapkan,” katanya peguam.

Majistret, Mohamad Nasrudin Mohamed kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin dan mahkamah menetapkan tarikh sebutan semula pada 8 Disember depan.

kejadian itu, tertuduh dikatakan berada di tempat duduk pemandu kereta jenis Proton Wira sebelum pengadu menghampiri sisi kereta dan mendapati tingkap dalam keadaan terbuka sepenuhnya.

Dia melihat tertuduh sedang berbaring dengan memegang anunya.

Pengadu terkejut dan apabila lalu di belakang kereta tertuduh, pengadu menyalin nombor pendaftaran sebelum membuat laporan polis.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.