PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Seorang penjaja sate ikan tidak lena tidur beberapa hari selepas dihubungi Sinar Harian kerana memenangi Peraduan Rakyat 1Malaysia (PR1M).

Bukan itu sahaja, Wan Hassan Wan Jusoh, 63, berkata, rasa ketarnya masih belum hilang, malah sering tersenyum sendirian ketika berniaga.

Lebih menarik katanya, dia adalah pemenang pertama dari Rantau Panjang sejak peraduan itu dimulakan awal tahun ini memetik Sinar Harian.

Penjaja Sate Ikan Menang RM1000 Dari Peraduan Rakyat 1Malaysia (PR1M)

Sebelum ini, Wan Hassan berkata, dia tidak terlintas mahu menyertai peraduan Peraduan Rakyat 1Malaysia tersebut, namun berminat selepas melihat rakan-rakannya di Kota Bharu begitu bersungguh-sungguh menyertainya.

“Nilai RM1,000 ini sangat besar dan macam-macam saya boleh guna, antaranya nak beli beras untuk persiapan banjir tak lama lagi.

“Saya juga nak baiki motor sebab dah terlalu uzur. Lepas ini, bolehlah saya jaja sate ikan dengan motosikal ini,” katanya.

Wan Hassan yang tinggal di Jalan Sekolah Cina Rantau Panjang berkata, kawasan itu antara lokasi sering dilanda banjir.

“Ia menyebabkan rumah yang diduduki sejak puluhan tahun lalu mengalami kerosakan dan perlu dibaiki,” katanya.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.