PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menafikan memakan telur penyu pada satu majlis di Sabah.

“Saya memang pantang makan telur penyu kerana kolesterol yang tinggi.

“Dah lama saya tak makan telur penyu,” katanya dalam satu pesanan teks kepada The Star.

Beliau berkata demikian pada Rabu apabila dimaklumkan bahawa Jabatan Hidupan Liar Sabah akan membuka siasatan terhadap gambar beliau yang dihidangkan telur penyu di atas meja di sebuah restoran makanan laut di Sandakan menjadi viral di media sosial memetik MStar.

Isu Menteri Ismail Sabri Kantoi Makan Telur Penyu

Ketua Umno Bahagian Beluran, Datuk James Ratib antara yang duduk semeja dengan beliau.

Di Kota Kinabalu, Pengarah Jabatan Hidupan Liar, William Baya berkata, mereka telah memulakan siasatan selepas tersebarnya gambar tersebut.

Penyu dilindungi di bawah Enakmen Hidupan Liar Sabah 1997.

Ia menjadi satu kesalahan sekiranya memiliki haiwan atau produk mereka seperti telur dan boleh dikenakan denda RM50,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekiranya didapati bersalah.

Gambar berkenaan menjadi viral di media sosial yang mencetuskan bantahan di kalangan aktivis pemuliharaan di sini.

“Saya telah mengarahkan dua pegawai saya untuk menyiasat kes ini dengan menyoal siasat pemilik restoran.

“Saya juga akan mendapatkan bantuan Majlis Perbandaran Sandakan dan pihak penganjur makan malam bagi mendapatkan gambaran yang lebih baik mengenai bagaimana telur penyu boleh dijadikan sebagai menu hidangan,” kata William.

James ketika dihubungi menafikan telur penyu dihidangkan pada majlis makan malam yang dihadirinya.

Ditanya mengenai apakah telur yang dihidangkan di atas meja mereka, James menjawab: “Saya tidak tahu.”

Sekumpulan badan bukan kerajaan (NGO) dan organisasi penyelidikan meluahkan kekecewaan mereka terhadap penemuan gambar tersebut.

“Apa mesej yang kita sampaikan kepada dunia bila pegawai kerajaan kita sendiri mengambil produk daripada spesis terancam?” soalnya..

Kumpulan itu menggesa Jabatan Hidupan Liar negeri untuk bertindak kepaa pesalah bagi menyampaikan mesej bahawa spesis yang dilindungi bukan untuk dijual atau digunakan.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.