PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Sejak dua hari lepas pihak media melaporkan bahawa Ika Nabella, seorang pelakon baru telah membuat laporan polis kerana dipukul oleh seorang pengarah drama.

Dalam dakwaan itu, sumber yang menyaksikan kejadian tersebut memberitahu Ika telah ditumbuk secara bertubi-tubi pada bahagian badan dan muka ketika berada dalam set penggambaran drama Dawai Asmara di Hulu Kelang. Susulan dibelasah teruk, Ika cedera pada bahagian mulut dan sehingga kini beliau tidak dapat membuka mulutnya.

Isu Pukul Ika Nabella, Pengarah Azma Aizal Yusoof Akhirnya Buka Mulut

Semuanya berpunca apabila pengarah itu merasa berang dan bertindak di luar kawalan kerana tidak dapat apa yang beliau inginkan daripada Ika.

Melalui mStar Online, pengarah yang dimaksudkan, Azma Aizal Yusoof, 33, menyifatkan laporan media yang dikeluarkan mengenai perbuatannya itu sudah ditokok tambah.

Ada sebab saya berbuat demikian. Saya pun baru sahaja memberi keterangan kepada pihak polis dan siasatan kini sedang dijalankan. Apabila kes selesai, saya akan menceritakan hal sebenar apa yang berlaku.

Bagaimanapun, cerita yang sudah menjadi viral di laman sosial itu sudah ditokok tambah.

Kata Azma dia tidak takut untuk menghadapi isu itu kerana Allah ada di sisinya.

Saya akan berdepan sahaja isu ini dalam apa-apa situasi pun. Allah sentiasa di sisi.

Dalam pada itu, saya juga bersyukur kerana diberi ketenangan dalam menangani masalah ini. Biarlah pihak sana ‘berkicau’.

Peristiwa ini telah menjadi kes polis, dan tidak dapat dipastikan apakah rentetan sebenar yang menyebabkan Azma memukul Ika. Rasanya tiada justifikasi untuk memukul orang lain selain sebagai pertahanan diri.

Sekiranya peristiwa ini benar berlaku ia agak mengecewakan kerana Azma Aizal Yusoof dikenali dengan hasil kerja yang bermutu dan kreatif. Diharap semua pihak akan dapat mencari jalan penyelesaian terbaik untuk masalah ini.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.