PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengadakan perhimpunan bantah penindasan Barat dan Zionisme sempena kehadiran Presiden Amerika Syarikat Barack Obama di ibu negara, hari ini.

Perhimpunan turut diadakan sebagai bantahan kepada Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).

“Kita akui negara dunia memerlukan perdagangan antarabangsa tetapi kita tidak boleh sama sekali kompromi apabila menandatangani sebuah perjanjian yang akhirnya kita (Malaysia) menunduk dan menjadi negara yang sangat lemah memetik Astro Awani.

Kedutaan AS dibanjiri dengan demonstrasi penindasan Barat dan Zionisme
Perhimpunan bantah penindasan Barat dan Zionisme di Kedutaan AS

“Kita perlu ingat Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai maruahnya,  dan apabila TPPA ditandatangani ia adalah satu perkara yang sangat memalukan,” kata pengasas SAMM Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard.

Himpunan bermula di hadapan Menara Tabung Haji sebelum peserta demonstrasi berarak ke Kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Tun Razak.

“Hari ini kita akan manghantar satu memorandum bantahan yang kita tidak akan hantar ke (wakil) Kedutaan Amerika Syarikat. Kita akan hadir ke sana dan tampal di hadapan kedutaan.

“Kemuncak perhimpunan ini akan diadakan esok pada jam 2 petang iaitu kita akan berarak dari KLCC dan menuju ke Jalan Ampang,” katanya kepada pemberita.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.