PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

GEORGE TOWN: Beberapa buah alat permainan yang berbentuk babi telah dialihkan dari kawasan di Esplanade, selepas gambarnya menjadi viral di media sosial.

Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) segera menggantikan permainan spring berbentuk babi untuk ditunggang itu dengan permainan berbentuk burung di taman permainan di Esplanade pada Sabtu memetik MStar.

Permainan bentuk babi di Esplanade ditukar kepada bentuk burung

Setiausaha Gabungan NGO Islam Pulau Pinang (GNIPP) Ahmad Yakqub Nazri berkata, beliau terkejut apabila melihat struktur pada permainan itu.

“Mereka yang memasang alat permainan tersebut jelas tidak sensitif kepada umat Islam di negeri ini,” katanya.

Setiausaha MBPP Ang Aing Thye berkata, pegawai yang bertanggungjawab bagi projek itu telah dimaklumkan untuk mengemukakan laporan.

“Kami sedang menyiasat perkara itu. Tindakan akan diambil terhadap mereka yang didapati bersalah,” katanya.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.