PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Secara tidak sedar, insiden serangan berdarah terburuk oleh kumpulan pengganas di ibu kota Perancis, Paris yang mengorbankan 129 orang itu kebetulan berlaku pada hari Jumaat malam 13 November 2015.

Bagi masyarakat Eropah, angka 13 adalah nombor sial tetapi Jumaat pula adalah hari yang dianggap keramat. Maka gabungan Jumaat 13 hari bulan atau disebut Friday the 13th ada banyak pantang untuk hal-hal tertentu.

Ternyata hari Jumaat pada 13 bulan ini adalah Friday the 13th yang ketiga dalam tahun 2015 selepas yang pertama telah jatuh pada 13 Februari manakala Friday the 13th kali yang kedua pula jatuh pada tarikh 13 Mac lalu memetik Mynewshub.

Kenapa Barat anggap Jumaat 13 hari bulan sial?
Misteri Barat masih anggap sial Jumaat 13 hari bulan

Tahun 2015 memang muncul tiga kali Friday the 13th. Namun bukan tahun ini sahaja ‘tiga Jumaat keramat’ muncul tahun yang sama kerana sebelumnya, juga sudah ada tiga Friday the 13th iaitu pada 1981, 1984 dan 1987.

“Kemudian ia muncul lagi pada tahun 2009 dan 2012. Malah 3 hari Jumaat keramat akan datang lagi dijangka berlaku pada 2037, 2040 dan 2043,” kata pakar akademik Universiti Delaware di Amerika Syarikat, Tom Fernsler.

Beliau yang mempelajari angka 13 selama puluhan tahun mendakwa, Friday the 13thtelah dianggap sebagai hari sial selama berabad-abad. Bilakah tarikh dan hari itu mula dianggap sebagai celaka tidak pula diketahui tepat.

Rekod sejarah mencatatkan ia mungkin pada awalnya dipopularkan oleh Kapten William Fowler pada akhir tahun 1800-an. Ketika itu kapten ini menganggap angka 13 selalu menjejaskan kehidupan sehariannya secara kebetulan.

Mulai daripada zaman awal persekolahan awam di Public School No. 13 di New York City sehingga Fowler dikerah untuk menyertai tentera dan terlibat dalam pertempuran sebanyak 13 kali di medan Perang Saudara Amerika.

Dia kemudian mewujudkan kelab Thirteen Club dianggotai 13 orang dan mereka duduk mengelilingi 13 tempat kerusi yang diberi garam. Ternyata Fowler hanya mempopularkan tradisi yang sudah ada sejak zaman kuno.

Menurut Donald Dossey, penulis buku Holiday Folklore, Fobia dan Fun pada 1992, dalam mitos berasal dari Norway menceritakan sebuah pesta makan malam untuk 12 dewa sebelum tetamu ke-13 muncul tanpa diundang.

Tamu kemungkinan ialah Loki itu kemudian membunuh dewa sukacita dan kebahagiaan, Balder. Misteri Friday the 13th sebagai hari sial di Barat terus berkembang hingga dijadikan sebagai pengisi kamus frasa dan dongeng.

Namun apa yang pasti, idea bahawa Friday the 13th adalah sebagai hari buruk mulai tertanam dalam budaya masyarakat Barat sejak 1980 apabila pengeluar filem Paramount Pictures menerbitkan cereka Friday the 13th.

Dengan menggunakan tagline sensasi ketika itu “Jumaat tidak akan pernah sama lagi“, filem ini mengisahkan tentang siri pembunuhan ngeri dan seram di sebuah kem percutian bina semangat pada setiap kali musim panas.

Rupanya Jason Voorhees, pembunuh misteri dalam filem ini, lahir pada Jumaat tanggal 13 hari bulan. Dia memilih tarikh itu untuk balas dendam pada orang di perkhemahan yang membiarkannya tenggelam di Crystal Lake.

Sejak itu ketakutan masyarakat Barat tentang hari Jumaat tanggal 13 hari bulan semakin menjadi-jadi. Beberapa fakta unik yang melekat dalam budaya Barat, biasanya hotel dan hospital pun tidak memiliki bilik nombor 13.

Malah banyak lapangan terbang di Barat tiada Gate 13 sebagai pintu terminal, selain misi penerbangan kapal angkasa Apollo 13 dipenuhi kecelakaan sehingga disimbolkan kad daun terup ke-13 sebagai petanda kematian.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.