PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

“Jaga kesihatan, jangan jadi seperti saya.” itulah kata-kata terakhir yang merupakan pesanan terakhir pelawak Allahyarham Yussry Edoo yang lebih dikenali sebagai Yus Jambu kepada rakan sekumpulannya di dalam Juara Parodi iaitu Misha Omar.

Menurut Misha, dia masih lagi terkejut dengan pemergian arwah yang merupakan ahli kumpulannya itu di mana sebelum ini arwah memberikan pesanan nasihat berkenaan kepadanya yang tidak akan lupakannya sampai bila-bila.

“Sepanjang hampir sebulan saya bersama Yus dalam program Juara Parodi, arwah sangat menyenangkan dan tidak lokek.”

Misha Omar kongsi pesanan terakhir Yus Jambu

“Jaga kesihatan, jangan jadi seperti saya.” Pesanan terakhir dari Yus Jambu buat Misha Omar begitu terasa.

“Saya tidak menyangka rupa-rupanya keakraban kami pada sesi latihan tempoh hari akan menjadi kenangan terakhir saya dengan arwah.

“Sebelum ini, ketika sesi latihan, kami lebih banyak buat hal sendiri. Tetapi entah kenapa, Jumaat lalu, saya banyak meluangkan masa dengannya.

“Banyak yang kami bualkan terutama sekali mengenai hal kehidupan. Dalam perbualan itu, Yus sempat menasihatkan saya supaya menjaga kesihatan dan tidak menjadi sepertinya.

“Arwah bukan saja mengambil berat kepada saya, malah krew dan juga teman rapatnya yang lain,” katanya dipetik BH Online.

Misha berkata, arwah sering membawa alat menguji kandungan gula dalam darah dan menasihatkan rakan-rakan melakukan ujian sama.

“Jadi setiap kali hendak menguji darahnya, arwah akan suruh rakan-rakan yang lain menguji darah mereka.

“Walhal kertas ujian gula itu bukannya murah, tetapi arwah tidak lokek demi menjaga kesihatan rakan-rakannya,” kata Misha.

Dengan pemergian Yus Jambu, Misha memberitahu dia tidak mampu untuk berfikir mengenai perjalanan Kobis Pedas buat ketika ini.

“Bagaikan ada kebetulan apabila tugasan yang menanti kumpulan kami Jumaat ini adalah sketsa menggunakan sebuah bingkai gambar dengan tajuk ‘Aku Suka Benda Ini Kerana Ia Mengingatkan Aku Kenangan Pada Kau’.”

“Saya tidak tahu bagaimana kami akan membuat persembahan Jumaat ini lebih-lebih lagi dengan tugasan yang diberi.

“Nampaknya saya sudah tahu gambar siapa yang perlu diletakkan pada bingkai yang diberikan kepada kami tempoh hari,” katanya yang menyifatkan seolah-olah kena dengan situasi sekarang.

(Baca: Kenalan Dedah Arwah Pak Yus Suka Bantu Orang)

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.