PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Sebuah pesawat ringan dipercayai jenis Piper PA-32 yang membawa empat penumpang termasuk seorang wanita terhempas di tepi pantai Kampung Tersusun, Teluk Dalam, Pulau Pangkor, Ahad.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pulau Pangkor Hisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu pada pukul 1.27 tengah hari tadi memetik Bernama.

Pesawat terhempas di Pulau Pangkor
Pesawat Ringan Terhempas Di Pulau Pangkor, Empat Mangsa Terselamat

Beliau berkata kesemua mangsa mengalami kecederaan dan dibawa ke Klinik Kesihatan Pulau Pangkor untuk menerima rawatan lanjut.

“Status kecederaan mereka masih dalam siasatan. Pesawat yang dinaiki mangsa adalah pesawat persendirian,” katanya ketika dihubungi Ahad.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.