PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

POLIS Britain kini sedang memburu empat remaja selepas mereka didakwa kencing di sebuah stesen keretapi, mengganggu penumpang dan melakukan seks di ruang menyimpan basikal secara terbuka.

Kumpulan remaja yang melibatkan dua lelaki dan dua perempuan itu memasuki stesen berkenaan pada 8 Oktober lalu antara pukul 5.20 petang hingga 5.40 petang.

Remaja Lakukan Seks di Tempat Awam Kini Diburu

Dua remaja lelaki itu telah membuang air kecil di atas platform sebelum membaling beg mengandungi sampah di atas landasan.

Mereka kemudiannya terjun ke atas landasan dan mengangggu orang lain.

Salah seorang daripada remaja itu kemudiannya memasuki ruang menyimpan basikal dan telah melakukan seks dengan pasangannya.

Polis yang tiba di tempat kejadian selepas menerima laporan bagaimanapun gagal menahan mereka kerana remaja terbabit sudah melarikan diri.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.