PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Polis menyambung reman tujuh hari ini ke atas suspek lelaki yang disyaki membunuh pelajar perempuan berusia 17 tahun untuk membantu siasatan di Mahkamah Majistret di sini, tadi.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Lai Fah Hin berkata, perintah menyambung reman itu diperoleh pihaknya pada 10.31 pagi tadi selepas tempoh reman sebelum ini berakhir semalam memetik Harian Metro.

Printah Reman Suspek Kes Bunuh Pelajar 17 Tahun Dilanjutkan

“Siasatan masih lagi dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan sekiranya sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati,” katanya ketika dihubungi di sini, sebentar tadi.

Dalam kejadian pada 7.30 malam Ahad lalu, seorang pelajar, Intan Suraya Mawardi, 17, ditemui mati dibunuh dengan kesan kelar di lehernya di Teluk Kumbar oleh bapanya selepas pulang dari kerja.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.