PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

PRESIDEN China, Xi Jinping menerusi satu kenyataan yang dibuat di Singapura, mendakwa kawasan Laut China Selatan adalah di bawah kuasa pentadbiran negaranya.

Menurutnya dengan pengakuan tersebut ia diharap dapat menyelesaikan masalah perebutan Laut China Selatan di kalangan negara-negara jiran mereka.

China baru-baru ini, membina sebuah pulau buatan di Laut China Selatan yang mendapat kritikan terbuka Amerika Syarikat (AS) yang mendakwa mereka sengaja berbuat demikian untuk meluaskan kawasan jajahan maritim milik negara komunis itu.

"Laut China Selatan Adalah Milik Kami" - China

Bulan lepas, media melaporkan kapal selam tentera AS sengaja melalui kawasan tersebut tanpa mendapat keizinan terlebih dahulu daripada pihak berkuasa China sehinggakan Menteri Luar China, membuat aduan tentang kesalahan pencerobohan tersebut kepada duta besar AS ke China.

Dalam ucapan beliau di Universiti Nasional Singapura, Sabtu lalu, Xi mengatakan pelepasan percuma menjadi masalah di kawasan tersebut.

“Pelepasan percuma untuk kapal dan pesawat tidak pernah menjadi masalah dan tidak akan memberi sebarang masalah, kerana China merupakan pengguna terbanyak yang menggunakan laluan Laut China Selatan,” katanya.

Kawasan perairan itu didakwa beliau merupakan jajahan China sejak berzaman dahulu dan ia adalah tanggungjawab negara itu untuk melindunginya.

Ketika ditanya mengenai kemungkinan campur tangan dari negara luar yang tidak ada kena mengena dengan Laut China Selatan, yang mana secara tidak langsung merujuk kepada AS, Xi berkata, “Kami mengalu-alukan negara luar dari wilayah ini untuk sama-sama mengekalkan keamanan dan membuat perkembangan positif untuk negara Asia.”

Presiden China dakwa Laut China Selatan adalah dibawah kuasa China

Xi kini sedang dalam rangka lawatan diplomatik dan telah bertemu dengan Presiden Taiwan, Ma Ying-jeou dalam pertemuan bersejarah yang dianjurkan Sabtu lalu.

Pertemuan itu merupakan kali pertama pemimpin Taiwan dan China bertemu, selepas kali terakhir pada tahun 1949, apabila kedua-dua negara itu terpisah disebabkan Perang China.

Susulan perang juga, China ditadbir Parti Komunis manakala Taiwan di bawah kuasa Chiang Kai-shek Nationalists.

China menyifatkan kepulauan itu sebagai daerah larangan, namun masih terdapat proses perdagangan dan pertukaran budaya yang melibatkan dua negara berkenaan.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.