PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Presiden Rusia, Vladimir Putin pada Rabu mengutuk keras insiden sebuah pesawat tentera udara Rusia yang ditembak jatuh di sempadan antarabangsa yang memisahkan antara Turki dan Syria lewat Selasa.

Beliau menyifatkan kejadian malang itu sebagai satu tikaman dari arah belakang oleh mereka yang bersekongkol dengan kumpulan pengganas IS dan sedang pula diperangi Rusia bersama sekutunya di Asia Barat, Syria.

Putin turut memberi amaran bahawa berita pesawat Rusia yang ditembak jatuh oleh Turki boleh menimbulkan kesan lebih serius dan menjejaskan kempen Moscow dengan Damsyik untuk memerangi militan pelampau.

Turki dalam reaksi susulan berkata, pesawat tentera Ankara terpaksa menembak jatuh jet tempur Moscow setelah ia menerima amaran bahawa pesawat itu didapati telah sengaja mencerobohi ruang udara negara Islam tersebut.

Presiden Putin kutuk Turki tembak jatuh jet Rusia

Bagaimanapun, Rusia menegaskan bahawa pesawat canggih jenis SU-24 itu tidak pernah terbang merentasi ruang udara Turki, malahan tetap mendakwa jet tersebut sebenarnya masih berada lagi dalam kawasan wilayah Syria.

Moscow menyatakan bahawa salah seorang daripada dua anak kapal yang cuba menyelamatkan diri daripada pesawat ditembak itu dipercayai terkorban. Nasib seorang lagi belum diketahui sama ada terselamat atau maut.

Dalam pada itu di Brussels, Belgium, Setiausaha Agung Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), Jens Stoltenberg, berkata perikatan tentera antarabangsa itu berdiri teguh dengan Turki ekoran insiden berkenaan.

Bercakap pada akhir mesyuarat tergempar dengan Turki, beliau menyatakan, penilaian NATO mengenai insiden tersebut menunjukkan bahawa jet pejuang Rusia itu memang melakukan penerbangan dalam ruang udara Turki.

Presiden Putin kutuk Turki tembak jatuh jet Rusia serang IS

Pemerintah Turki pula menyatakan bahawa setiap pihak luar harus menghormati hak negara tersebut untuk melindungi maruah kedaulatan sempadannya selama ini dipertahankan daripada ancaman pencerobohan serius.

Ankara malah menjelaskan bahawa juruterbang negara itu telah memberi amaran kepada pesawat Rusia sebanyak 10 kali, tetapi tidak menerima langsung sebarang respons daripada pesawat Rusia itu sebelum ditembak jatuh. - Agensi

Presiden Putin kutuk Turki tembak jatuh jet Rusia serang IS

(Baca: Juruterbang kedua jet Russia diselamatkan tentera Syria)

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.