PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Kejadian tanah runtuh di KM52.4 Lebuhraya Karak dekat sini, petang tadi berpunca daripada hujan lebat berterusan sejak 5.30 petang.

Baca artikel sebelum: Laluan di Kilometer 52.5 Lebuhraya Karak terhalang dek tanah runtuh

Pengendali lebuh raya itu, ANIH Bhd dalam kenyataannya berkata, dalam kejadian kira-kira 6.30 petang itu, tanah runtuh, pokok dan batu melitupi laluan kira-kira 250 meter di kedua-dua arah memetik Harian Metro.

Inilah punca tanah runtuh di Lebuhraya Karak

“Sehingga jam 11 malam tadi, kami masih melakukan kerja pembersihan sebelum laluan itu boleh dibuka semula untuk semua kenderaan.

“Polis trafik dan pasukan keselamatan juga berada di lokasi untuk menyuraikan trafik.

“Kami juga akan melaksanakan siasatan menyeluruh dengan serta merta untuk mengenal pasti punca tanah runtuh ini,” katanya.

Orang ramai diminta untuk tidak mendengar khabar angin dan merujuk kepada twitter @LPTTrafik atau talian hotline 095479111 untuk mengetahui perkembangan terkini.

Sementara itu, tinjauan di tempat kejadian mendapati sebuah kereta Perodua Kancil milik pekerja Jabatan Perhutanan Pahang hilang di bawa arus banjir lumpur, manakala Perodua Viva dan empat motosikal rosak selepas dihempap pokok.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.