PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Butterworth: Penduduk sekitar daerah ini gempar berikutan fenomena belalai air berlaku berhampiran Jeti Butterworth, di sini, hari ini.

Fenomena yang berlaku dalam tempoh seminit pada 4.20 petang itu menjadi viral apabila dirakam individu yang menyaksikan kejadian berkenaan sebelum dimuat naik ke laman sosial memetik Harian Metro.

Gambar dan Video 'Puting Beliung' di Pulau Pinang

Malah, ada segelintir yang terkeliru dengan fenomena itu dan menganggapnya puting beliung.

Penduduk Lim, 32, berkata, ketika kejadian dia berada dalam kereta untuk ke tempat kerja di bandar ini.

Katanya, ketika melalui jalan pesisir pantai, dia terkejut apabila melihat awan berkumpul dan ada pusaran bersambung dengan permukaan air.

“Saya sangkakan puting beliung tetapi tiada angin kuat dan teringat dengan kejadian seakan-akan sama berlaku di Semenanjung, baru-baru ini. Saya membuat anggapan ia fenomena biasa belalai air berlaku di laut,” katanya.

Puting Beliung di Pulau Pinang Sebenarnya Adalah Belalai Air

Puting Beliung di Pulau Pinang Sebenarnya Adalah Belalai Air

Puting Beliung di Pulau Pinang Sebenarnya Adalah Belalai Air

Puting Beliung di Pulau Pinang Sebenarnya Adalah Belalai Air

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.