PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Arul Kanda Kandasamy telah digambarkan sebagai seorang ‘lagenda di kalangan pembahas Malaysia’ oleh Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli.

Menurut beliau, Arul yang juga Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Bhd (1MDB), telah mengetuai pasukan debat yang berkali-kali memenangi Piala Perdana Menteri (PPM) pada 1990-an memetik MStar.

Arul Kanda Pembahas Hebat - Rafizi Ramli

Ahli Parlimen Pandan menyatakan perkara ini dalam posting blog beliau bertarikh 1 September 2010, di mana beliau telah memberi penghormatan kepada Allahyarham rakannya Adlan Benar Omar, atau Ben.

“Dalam era 90-an, PPM dimenangi berulang kali oleh Maktab Tentera Diraja (RMC) yang diterajui oleh seseorang yang bernama Arul kanda Kandasamy,” katanya.

“Selepas itu, kami bertemu ketika kami bertiga di UKEC (United Kingdom & Eire Council of Malaysian Students) di UK  – dan Arulkanda (lagenda di kalangan pembahas Malaysia) seringkali mengagumi kehandalan Ben berbahas,” tulis Rafizi.

Dalam mesej teks pada Sabtu, Arul mengakui bahawa beliau sememangnya menjadi pembahas terbaik keseluruhan dan pembahas paling muda dalam pertandingan PPM ketika di tingkatan satu.

“Saya adalah pemenang termuda dalam ‘International Plain Speaking Award’ ketika tingkatan 2, mewakili Malaysia di Australia, dan selebihnya dalam adalah dalam sejarah PPM sehingga tingkatan lima,” katanya.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.