PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Pintu rezeki yang Allah kurniakan amat luas namun bagi setengah orang, mereka gagal mencari ruang dan peluang tersebut.

Kita hanya perlu ada lebih keazaman dan keyakinan terhadap rezeki dari Allah dalam mengatur kehidupan kita. Cubalah kita lakukan solat Dhuha dalam masa tujuh hari berturut-turut, anda akan terkejut dengan perubahan drastik yang berlaku dalam kehidupan kita.

Rahsia Penjual Nasi Lemak Jana Pendapatan RM3500 Sebulan

Mari kita ikuti kisah Kak Lina sebagai penjual nasi lemak :-

Berpendapatan RM3500 sebulan tanpa masak nasi lemak! Hanya bekerja 5 jam sehari.

Kak Lina berniaga nasi lemak di depan rumah saya hampir 5 tahun lalu.

Dia pernah bekerja makan gaji tetapi sekarang dia mengambil keputusan berani menjual nasi di tepi jalan. Yang bestnya, nasi lemak dan segala lauk pauk yang diniagakan adalah bukan dimasak sendiri.

Rupa-rupanya, dia mengambil semua daripada kakaknya yang mempunyai warung nasi lemak. Kuih muih diambil daripada homebaker.

Siapa kata nak berniaga kena buat sendiri produk?

Adakah saya buat sendiri semua produk di kedai saya? Giant, Tesco, dan Aeon antara syarikat konglomerat yang kaya-raya dengan hanya menjual produk orang lain.

Kita yang baru nak mula bisnes, mula kecil-kecil dahulu. Impian biar besar. Nanti bisnes kita akan besar macam impian kita.

Puan guru pesan, kajian psikologi ke atas mereka yang berjaya adalah mereka yang memang kuat berangan dan kuat berusaha.

Amazing Ayu Food memang mempunyai hala tuju untuk memasarkan produk-produk usahawan dari seluruh negeri untuk pasaran di Lembah Klang dalam pelan jangka pendek.

Dalam pelan jangka panjang mestilah ke peringkat global. Itulah salah satu sebab anak-anak dimasukkan ke sekolah Cina. Teringat kata-kata orang lama, tuntutlah ilmu sampai ke negara China.

Memang putaran hidup kita ini kadangkala di atas, kadangkala di bawah, namun keazaman dan usaha berterusan serta keyakinan kepada keberkatan rezeki dari Allah membawa banyak perbezaan dalam kehidupan seseorang itu.

Rahsia Seorang Penjual Nasi Lemak Berpendapatan RM3500 Sebulan Didedah

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.