PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

PELAKON yang terkenal dengan watak Mr. Bean, Rowan Atkinson, diceraikan isterinya selepas 24 tahun berkahwin.

Prosedur penceraian di mahkamah hanya mengambil masa 65 saat.

Isterinya, Sunestra Sastry, 54, memberikan alasan Atkinson ‘berkelakuan tidak munasabah’ kerana menjalinkan hubungan dengan seorang aktres Louise Ford, yang jauh lebih muda.


Detik Mr. Bean diceraikan isterinya

Atkinson, 64, dan Ford, 32, berkenalan selepas terbabit dalam satu pementasan di West End pada tahun 2013 memetik Astro Awani.

Laporan beberapa portal media antarabangsa menyebut Sastry sangat kecewa apabila Atkinson menggantikannya dengan wanita yang jauh lebih muda.

Atkinson dan Sastry mula tinggal berasingan sejak bulan Februari 2014.

Mereka berkahwin pada tahun 1990 dan dikurniakan dua orang anak; Ben, 22 dan Lily, 20.

Rowan Atkinson Dicerai Isteri

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.