PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

SEORANG penerbit filem lucah disaman oleh pemilik rumah agam yang disewanya kerana meninggalkan kesan najis dan air mani di seluruh rumah terbabit yang dipercayai digunakan untuk pembikinan filem lucah.

Pemilik rumah terbabit, Kristina Knapic, telah menyaman Michael Lucas sebanyak RM127,000 selepas mendapati dinding, siling, permaidani dan kolam mandi air panas dipenuhi dengan bahan-bahan tersebut memetik Mynewshub.

Penerbit filem lucah disaman kerana rumah penuh air mani

Menurut Knapic, Lucas menyewa rumah berkenaan bukan bertujuan untuk penggambaran filem lucah dan dia menyedari kediamannya digunakan untuk filem terbabit selepas menemui kad perniagaan yang tertulis Lucas Entertainment.

Selain itu peralatan seks juga ditemui dalam tong sampah dan gambar-gambar dalam media sosial dari filem lucah memaparkan hiasan dalam rumah itu.

“Salah satu gambar menunjukkan seorang lelaki bogel memanjat katilnya sambil dikelilingi kamera menjadi bukti ia digunakan untuk penggambaran filem lucah. Gambar terbabit akan dijadikan bukti dalam kes tersebut,’’ demikian tuntutan yang ditulis dalam dokumen kepada mahkamah.

Dalam pada itu, Lucas dalam kenyataannya kepada laman web gay dan lesbian menafikan dakwaan berkenaan dan mendakwa Knapic yang mengadakan parti seks.

“Knapic kini mencari syarikat filem lucah untuk membiayai kos pembersihan,’’ katanya.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.