PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Sekurang-kurangnya 400 orang awam dilaporkan maut dalam serangan udara yang dilancarkan Rusia di Syria sepanjang September lalu.

Menurut laporan Al Jazeera, perangkaan itu dikeluarkan kumpulan hak asasi yang berpusat di United Kingdom, Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria (SOHR).

Ia mendakwa daripada jumlah berkenaan, lebih 97 mangsa membabitkan kanak-kanak memetik Free Malaysia Today.

Lebih 137 kanak-kanak Syria dibunuh Russia
Lebih 137 kanak-kanak Syria maut akibat serangan Rusia

Sementara itu sebuah pertubuhan lain, Rangkaian Hak Asasi Rakyat Syria (SNHR) mendakwa, jumlah korban lebih besar di mana 526 didakwa terbunuh dan 137 daripada mereka membabitkan kanak-kanak.

Angka itu termasuk serangan terbaru pada Ahad yang meragut lapan nyawa, tujuh daripadanya adalah kanak-kanak.

Pada Jumaat lalu, Rusia melancarkan serangan peluru berpandu selama empat hari berturut-turut dari Laut Kaspia ke kawasan yang dipercayai menjadi kubu Militan Islam (IS).

Menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan Moscow dan Damsyik, ia mensasarkan 50 lokasi.

Sejak Oktober tahun lalu, lebih 42,234 serangan udara dilancarkan ke atas kedudukan yang menjadi kubu IS.

Sepanjang tempoh itu, sebanyak 22,370 tong bahan letupan telah digugurkan yang mengorbankan 6,889 orang awam dan 1,436 terdiri daripada kanak-kanak.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.