PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Jika sebelum ini status ahli sukan terkaya di dunia sering didominasi oleh bintang bola sepak dan pemain golf, namun pada tahun ini gelaran atlet yang menerima bayaran tertinggi kini menjadi milik ahli tinju, Floyd Mayweather Junior dari Amerika Syarikat.

Mayweather yang popular de­ngan panggilan money, bagaikan tidak menjangka bahawa dirinya mampu mengatasi bintang sukan lain terutama pemain bola sepak terbaik, Cristiano Ronaldo serta bekas pemain golf No.1 dunia, Tiger Wood yang sebelum ini sering menerima bayaran tertinggi.

Kemewahan Hidup Mayweather Didedahkan

Majalah perniagaan Amerika Syarikat, Forbes turut mengiktiraf Mayweather sebagai ahli sukan paling kaya berikutan menerima bayaran AS$105 juta (RM367 juta) berban­ding Ronaldo AS$80 juta (RM 279 juta) yang kini menghuni kedudukan kedua senarai atlet terkaya di dunia.

Malah juara dunia, Mayweather turut mengakui semua itu adalah hasil kerja kerasnya dan rekod terbaiknya ketika ini adalah meraih kemenangan dalam kesemua 46 perlawanan dan lebih menakjubkan jaguh tinju tersebut adalah atlet pertama menerima bayaran melebihi AS$100 juta (RM350 juta) setakat ini.

Kemewahan Hidup Mayweather Didedahkan

Sejak Mayweather beraksi dalam kancah tinju profesional pada 1996, dirinya sudah me­raih hampir sejumlah AS$400 juta (RM1.39 bilion) di atas gelanggang sekali gus boleh dianggap satu pendapatan lumayan buat atlet sepertinya.

Mayweather, 36, juga pernah memberitahu bahawa duit adalah salah satu sumber motivasinya untuk berjaya dalam karier sebagai peninju profesional.

“Semuanya kerana duit? Ya sudah tentu.

“Saya mahu menjadi yang terbaik bukan sahaja peninju terbaik, tetapi atlet terbaik kerana saya mahu terus diingati apabila telah meninggalkan karier ini,” kata Mayweather.

Saksikan Gaya Hidup Mewah Atlet Sukan Termahal di Dunia

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.