PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Tersebar hari ini di laman sosial sebuah video seorang lelaki dikatakan memarahi ibunya di sebuah hospital yang mendapat perhatian netizen.

Video berkenaan yang berdurasi 1 minit 36 saat menunjukkan seorang lelaki sedang membebel-bebel memarahi ibunya dengan nada tidak puas hati memetik Siakap Keli.

Anak Derhaka Tengking Ibu Sendiri di Tempat Awam

Berdasarkan leteran yang kita boleh dengar sendiri dan tidak diketahui punca sebenar lelaki berkenaan memarahi ibunya.

Kerana kata-katanya terhadap si ibu yang agak kuat menyebabkan orang ramai telah terganggu sehingga menarik perhatian orang lain yang secara tidak langsungnya telah memalukan ibunya.

Kerana tidak tahan melihat seorang ibu yang membesarkan anak diperlakukan dengan biadap sedemikian, seorang lelaki berbaju biru telah bangun menegur lelaki berkenaan namun tidak diendahkannya menyebabkan pertikaman lidah berlaku.

Si ibu dilihat cuba menyuruh lelaki itu duduk kembali dan membiarkan anaknya itu selain disabarkan oleh perakam.

Bagaimanapun teguran lelaki berbaju biru berkenaan seolah-olah ‘mencurah air ke daun keladi’ apabila tidak dihiraukan. sebaliknya lelaki berkenaan terus menyambung memarahi ibunya di mana sesekali dilihat mengesat matanya berkemungkinan menangis.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.