PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Lebih banyak masa perlu diberi kepada penjual rokok elektronik (e-rokok) untuk menjadikan perniagaan mereka sebagai perniagaan sah, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.

Mengulas tindakan tegas yang diambil kementerian itu terhadap aktiviti berkaitan vape di seluruh negara baru-baru ini, beliau berkata ia agak drastik memetik Mstar.

Timbalan Menteri Kesihatan saran peniaga vape menghentikan dahulu operasi mereka

“Ya, kami mendapat banyak maklum balas tentang tindakan kami itu, tapi secara peribadi, saya berpendapat, kami perlu kaji kembali tindakan kami itu dan mencari cara sewajarnya untuk menangani perkara ini kerana kini, industri vape melibatkan banyak orang.

“Laporan terbaru menunjukkan bahawa di negara ini sahaja terdapat lebih satu juta pengguna rokok elektronik dan lima juta perokok, ini satu jumlah yang besar,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Kempen Derma Darah Persatuan Pelajar Tua Maktab Melayu (MCOBA), di sini pada Sabtu.

Selasa lepas, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata satu kempen akan diadakan di seluruh negara tidak lama lagi bagi mengekang penggunaan cecair mengandungi nikotin tanpa lesen dalam rokok elektronik.

E-rokok, vapouriser atau sistem penghantaran nikotin secara elektronik, ialah suatu alat menggunakn kuasa bateri yang merangsang rasa merokok tanpa menggunakan pembakaran tembakau.

Dr Hilmi berkata di bawah undang-undang sedia ada, hanya farmasi berlesen dan berdaftar serta doktor dibenar menjual nikotin.

“Pada masa ini, kita hanya mempunyai undang-undang yang mengawal tembakau (Akta Makanan 1983) serta nikotin (Akta Racun 1952) dan kami sedang mengkaji undang-undang baharu untuk meliputi penggunaan vape,” katanya.

Ditanya mengenai cara penjual e-rokok boleh mendapatkan lesen, Dr Hilmi berkata Ketua Pengarah Kesihatan akan membuat pengumuman tentang perkara itu tidak lama lagi.

“Ini satu isu baharu, jadi kami perlu buat kajian sewajarnya, sebelum mengadakan sebarang peraturan mengenainya dan KP (Ketua Pengarah) akan mengeluarkan kenyatan mengenainya tidak lama lagi.

“Paling baik ialah penjual vape menghentikan dahulu operasi mereka, sehinggalah peraturan baharu diumumkan,” katanya.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.